Tuesday, August 14, 2018




SELASA, 14 OGOS 2018 merupakan tarikh yang bersejarah kepada warga SMK Ketengah Jaya apabila dinilai dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 bagi kategori Sekolah Menengah. Anugerah yang berprestij ini dihakimi oleh Dr. Qhamariah binti Samu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan En. Wan Sanazi bin Ali, Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti, KPM. Semasa penilaian turut dihadiri oleh En. Shafruddin bin Ali Hussin, Pengarah JPN Terengganu, Tn. Hj. Muie bin Ngah, PPD Dungun, Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Pegawai-pegawai BTPN Terengganu dan PKG, PIBG dan rakan-rakan strategik SMK Ketengah Jaya. Para hakim disambut dengan gilang-gemilang oleh para pelajar SEJAYA dan kemudiannya disusuli dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Penilaian diteruskan dengan sesi taklimat daripada En. Hamedi Zaidi bin Mamat @ Sidek, Pengetua SMK Ketengah Jaya dan disusuli dengan tayangan video korporat oleh Pn. Rabiahton Adawiyah binti Ibrahim, Guru Perpustakaan Media. Seterusnya panel hakim dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan akhirnya dibawa ke PSS SMK Ketengah Jaya (PUSBA) untuk semakan fail. Syukur Alhamdulillah, penilaian berakhir pada pukul 6.40 petang. Warga Sejaya amat komited dan berharap SMK Ketengah Jaya dapat melakar sejarah gemilang berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2018 sekaligus mengharumkan nama Terengganu di persada negara.