Monday, December 24, 2018

PROGRAM TAUTAN KASIH PKG DAERAH DUNGUN 2018


Bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan warga PKG Daerah Dungun, Program Tautan Kasih telah diadakan pada 20 Disember 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Bagi memeriahkan lagi program, semua ahli keluarga pegawai dan staf Daerah Dungun dijemput hadir. Program dimulakan dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh En. Rozaimi bin Jaafar. Kemudian, program dimeriahkan dengan sukaneka melibatkan anak-anak dan ibu bapa. Semoga majlis seumpama ni akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih kepasa warga PKG Daerah Dungun atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
#AwokKiteJanganPecoh
#Dungun Cemerlang

Thursday, December 20, 2018

PENARAFAN PKG PAKA 2018



19 DIS 2018 - Penarafan PKG Paka telah dijalankan oleh Unit Pengurusan Strategik yang diketuai oleh En. Nize bin Muhammad (Ketua Unit, UPS) dan dibantu oleh En. Mohd Al Hadi bin Yaali dan Pn. Siti Halijah binti Ramli, Pegawai Teknologi Pendidikan UPS. Penarafan ini dijalankan bagi melihat pengurusan PKG dalam semua aspek merangkumi pengurusan fail dan pentadbiran organisasi. Penarafan yang dijalankan dapat berkongsi aspek-aspek yang perlu ditambahbaik untuk kecemerlangan PKG pada tahun akan datang. Pihak PKG Paka merakamkan ucapan terima kasih atas penarafan yang telah dijalankan. 

Wednesday, December 19, 2018

LAWATAN KERJA TN HAJI ALIAS BIN TALIB, KPP BTPNT KE PKG PAKA



Tanggal 18 Disember 2018, PKG Paka telah dikunjungi oleh Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Lawatan kali ini mungkin merupakan lawatan terakhir sebelum beliau bersara pada awal Februari 2019.  Sesi lawatan kerja ini memberi ruang kepada PKG untuk bertemu mesra dan berbincang berkaitan kerja buat di PKG. Beliau menzahirkan ucapan tahniah atas kerja buat PKG Paka dan berpuashati dengan pencapaian yang memberangsangkan. Beliau mengharapkan PKG dapat membina hubungan yang baik dengan sekolah ahli, mencari keseronokan bekerja untuk memberi impak kepada kemenjadian murid. PKG Paka merakamkan ucapan terima kasih atas segala nasihat, teguran yang membina dan perkongsian pengalaman sepanjang menerajui organisasi PKG Negeri Terengganu. 

Thursday, December 13, 2018

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 'GENG ICT DUNGUN' PKG/SEKOLAH DAERAH DUNGUN




TARIKH : 12 DISEMBER 2018
MASA 2.30 PETANG
TEMPAT : MAYANG SARI RESORT DUNGUN

BENGKEL PENGURUSAN ASET ICT



TARIKH : 12 DISEMBER 2018 (RABU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PKG SERI DUNGUN