Thursday, January 22, 2015

TAKLIMAT DAN PENGAGIHAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2015

       Pada 14 Januari 2015, satu Taklimat dan Pengagihan  Bahan Digital MBMMBI telah diadakan untuk semua Guru Perpustakaan & Media Sekolah ahli PKG Paka. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Paka pada jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. Taklimat ini telah  disampaikan oleh En Ramli bin Ismail ( PTP 1, PKG Paka ) dan dibantu oleh Pn Norhayati Bt Bidin ( PTP II ) PKG Paka. Objektif utama adalah untuk memberi pencerahan berkaitan tatacara pengurusan Bahan Edaran MBMMBI yang betul yang diedarkan oleh BTPNT/PKG untuk kegunaan sekolah bagi sesi persekolahan 2015.