Sunday, November 16, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS PKG & GPM DAERAH DUNGUN 2014





12 November 2014 - PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Seri Dungun, PKG Paka, PKG Pulau Serai & PKG Bukit Besi telah bergabung melaksanakan Lawatan Penanda Aras Untuk GPM Daerah Dungun ke SK Felda Jerangau Barat ( Johan Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2014- Kategori SR ) dan SMA Mahmudiah (Tempat Ketiga Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2014- Kategori SM ). 

Tujuan utama  lawatan ini ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada GPM Daerah Dungun berkaitan pengurusan PSS yang cemerlang di dalam memastikan kecemerlangan PSS Sekolah-sekolah Daerah  Dungun. Alhamdulillah program yang telah dilaksanakan ini berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang padu daripada sekolah-sekolah ahli PKG Daerah Dungun. Warga PKG Daerah Dungun mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak di dalam menjayakan lawatan ini terutama warga SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang.

Thursday, November 6, 2014

HARI ANUGERAH DAN JAMUAN AKHIR TAHUN JKPA 2014






Pada 5 Nov 2014, Hari Anugerah Peringkat PKG Paka dan Jamuan Akhir Tahun JKPA 2014 telah diadakan di Dewan Bidara UITM Dungun. Program ini telah dihadiri oleh semua ahli JKPA, GPM GPBICT sekolah ahli PKG Paka. Ucapan terima kasih kepada yang menjayakan dan tahniah  bagi yang mendapat anugerah 2014.



SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PKG PAKA 2014


1)    ANUGERAH  PENGGUNAAN VLE TERBAIK 2014
-       SMK SERI RASAU
  
2)    ANUGERAH PENGURUSAN PSS TERBAIK 2014
-        SK SERI PAKA
           
3)    ANUGERAH PENGURUSAN MAKMAL TERBAIK 2014
-     SMK PAKA
4)    ANUGERAH GPM CEMERLANG 2014
-       PN. ROSLIZA BT IBRAHIM – SK PAKA III

5)    ANUGERAH GPB/ICT CEMERLANG 2014
-       EN HAMDAN BIN EMBONG - SK FELDA SERI RASAU
                                                        
6)      ANUGERAH PENGURUSAN NILAM TERBAIK  2014
-       SK SERI PAKA

7)       ANUGERAH TOKOH NILAM  2014
-       Kategori Bahasa Melayu – Sekolah Menengah
( Fatimah Hanida bt Awang- SMK Ketengah Jaya)

-       Kategori Bahasa Melayu – Sekolah Rendah
( Wan Aida Nasuha bt Wan Sabri –SK Seri Paka)

-       Kategori Bahasa Inggeris – Sekolah Menengah
( Muhammad Firdaus bin Izudin –SMK Ketengah Jaya )
   
-       Kategori Bahasa Inggeris – Sekolah Rendah
( Putri Nur Batrisha bt Othman- Sk Paka 2 )

MESYUARAT KHAS PENUBUHAN KUMPULAN SOLAT JENAZAH PKG PAKA 2014





Tarikh :30 Oktober2014 (Khamis ) 
Masa : 10.00 pagi - 2.00 Petang 
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Paka 

Tuesday, October 28, 2014

BENGKEL VERIFIKASI DATA INILAM SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2014


TARIKH: 28 OKTOBER 2014

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT: PKG PAKA, DUNGUN TERENGGANU

Tuesday, October 21, 2014

MESYUARAT GPM BIL 2/2014 DAN LITERASI MAKLUMAT PERINGKAT DAERAH DUNGUN


Pada 20 Oktober 2014 telah berlangsung Mesyuarat GPM bil 2/2014 dan Literasi Maklumat Peringkat Dungun. Program tersebut diadakan di bilik Chemerong PPD Dungun. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Dungun.

 *Bahan-bahan GPM boleh la di download di bahagian MUAT TURUN blog PKG Paka.

Wednesday, October 15, 2014

Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Negeri Terengganu 2014


Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Paka selepas selesai mesyuarat JKPA PKG Paka Bil 3/2014 pada pukul 2.00pm di PKG Paka. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kredit kepada semua staff PKG Paka.

MESYUARAT JKPA PKG PAKA BIL 3/2014


Mesyuarat JKPA PKG Paka Bil.3/2014 telah diadakan Pada 14 Okt 2014 di Bilik Mesyuarat SMK Ketengah Jaya yang telah di Pengerusikan oleh En. Zulkefly bin Abdul Rahim, Pengetua SMK Ketengah Jaya. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Paka serta Pegawai daripada BTPN Terengganu, YM Tg. Abdussalam B. Tg. Awang dan En.Badru Hishan Bin Mohd Zin.Terima kasih diucapkan yang hadir.

Wednesday, October 1, 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE PENDIDIKAN ISLAM FASA 3/2014


Pada 1 hingga 2 Oktober 2014, Bengkel Laman Pembelajaran Maya (Frog VLE) sedang dijalankan di Makmal SMK Sultan Omar. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan sasaran KPI seperti yang KPM ingini. Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat dan guru-guru Pendidikan Islam yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam bengkel ini, tidak lupa juga kepada SMK Sultan Omar kerana menyediakan tempat untuk bengkel ini.Tahniah dan syabas untuk semua guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah daerah Dungun.

Monday, September 29, 2014

BAHAN TAKLIMAT MBMMBI 2013 DAN TAKLIMAT EDUWEBTV Ver 2.0


TAKLIMAT EDUWEBTV Ver 2.0:KLIK DI SINI

TAKLIMAT MBMMBI 2013: KLIK DI SINI

TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN MBMMBI DAN EDUWEBTV




29 September 2014, Program Taklimat Penggunaan Bahan MBMMBI dan EDUWEBTV sedang diadakan di Sek Keb Sura. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Panitia BM dan BI tentang kewujudan cd MBMMBI yang telah dibekalkan oleh KPM kepada semua sekolah.


BAHAN SPS dan SPS Lite 2014

Bahan SPS dan SPS Lite 2014: download


Saturday, August 16, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN FROG VLE & MESYUARAT JKPA PKG PAKA BIL 2 2014

Pada 13 Ogos 2014,PKG Paka telah berjaya melaksanakan tiga program dalam tempoh satu hari ..Pada sebelah pagi, Bengkel Pemantapan Frog Vle diadakan, PTP II PKG Paka sebagai Fasilitator dengan bantuan FT SK Paka 3 dan GPM SK Paka 2. Pada sesi tengahari diadakan pula Jamuan Aidilfitri JKPA PKG Paka. Selepas itu, dijalankan Mesyuarat JKPA PKG Paka Bil 2 2014. Program berakhir jam 4.00 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Sunday, August 3, 2014

Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2014

Kepada sekolah yang memerlukan peruntukan bagi penyelenggaraan peralatan ICT sekolah bagi tahun 2014 perlu mengisi borang ” ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH” pada link di bawah:

Tuesday, July 22, 2014

MESYUARAT GPB/ICT BIL 2 & TAKLIMAT SSQS 2014





Tarikh : 20 Julai 2014
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Bilik Cemerong, PPD Dungun

Penarafan SSQS 2014 telah bermula pada 14 Julai 2014 hingga 28 Ogos 2014.
Pengisian SSQS pada : http://ssqs.btpntrg.edu.my
Panduan pengisian bagi sekolah-sekolah negeri Terengganu  boleh rujuk kepada web tersebut
pada capaian Panduan SSQS
PASSWORD SEKOLAH ID : KODSEKOLAH Katalaluan : MYKODSEKOLAH (cth: MYTBAXXXX)

GERAK GEMPUR VLE SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2014


SALAM AIDILFITRI ...MAAF ZAHIR & BATIN

 Salam Lebaran..Salam Aidilfitri ...maaf zahir & batin..daripada kami warga PKG Paka ;
  • PN NORHAYATI BT BIDIN (PTP  II)
  • PN RANIYAH BT SAAT ( PT )
  • NORLIZA BT MOHD NOOR  ( FT )

Monday, July 21, 2014

PEMANTAUAN ASET ALIH PKG PAKA 2014


 

Tarikh : 2  Jun 2014
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Paka

PEMANTAUAN BTPNT KE PKG PAKA 2014




Sunday, July 13, 2014


AKTIFKAN SEMULA KAMPUS ASTRO



Sebenarnya kontrak bagi Projek Kampus Astro telah tamat. Namun sekolah yang selalu (aktif) melayari siaran dan rancangan Astro, maka Kampus Astro itu masih boleh digunakan dan dilayari sehingga sekarang.



Sebaliknya, sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi.

Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan dirujuk kepada Sektor Penyiaran, BTP Bukit Kiara.

ATAU

Jika nak cuba nasib untuk AKTIF SEMULA Kampus Astro, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan - Sekolah : 1 300 82 0001.

Sumber: http://www.astro.com.my/kampusastro/indices/index_174.html

Bahagian Hal Ehwal Komuniti Astro
Talian: 03 - 9543 6688
Fax: 03-9543 6868
Emel: kampusastro@astro.com.my

Talian Khidmat Pelanggan - Sekolah : 1 300 82 0001
Talian Khimat Pelanggan TV LG : 1 800 822 822
Talian Khidmat Pelanggan TV Haier: 1 300 828 833

Monday, January 6, 2014

1 Januari 2014... SELAMAT TAHUN BARU dan Selamat meneruskan sesi persekolahan bagi tahun 2014.


INFO PENTING....Bermula sesi  2014, PKG Paka telah menggunakan emel yang baru iaitu pkg_paka@moe.gov.my dan pkgpaka@gmail.com.