Tuesday, November 5, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN JKPA PKG PAKA 2013

4 November 2013 - JK Unit  Kebajikan dan Sosial JKPA telah menganjurkan satu jamuan akhir tahun di Hotel UiTM Dungun. Jamuan ini juga diadakan bagi meraikan AJK JKPA PKG Paka seramai 5 orang yang telah bertukar ke Pkg lain termasuk mantan PTP 1 PKG Paka ,En Ezzuan b. Ahmad yang telah bertugas di Sk Kg aru, Felda Neram dan juga

sempena meraikan persaraan Pengerusi JKPA PKG Paka iaitu Pn Hjh Midah bt. Mamat yang telah bersara pada 1 November 2013. Jamuan ini telah dihadiri oleh PPD Dungun,Tn Hj Bakar bin Jusoh,Pengetua/Guru Besar, GPK,GPM,GPB/ICT dan Staf PKG Paka.


Thursday, October 31, 2013

PROGRAM 5S - OPERASI STOR




Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing.....
(5'S)

Thursday, October 10, 2013

KURSUS PERLUASAN FROG VLE MURID DI BAWAH PROJEK 1BESTARINET 2013




Kursus ini telah diadakan pada 09 Oktober 2013 bertempat di SK Durian Mas 2 yang melibatkan PKG Daerah Dungun. Peserta kursus terdiri daripada penyelaras VLE dan 2 orang pelajar bagi setiap sekolah. Sekolah ahli PKG Paka  yang terlibat ialah;

  • SK Santong 
  • SK Durian Mentangau
  • SK Felda Kerteh 1
  • SK Felda Seri Rasau
  • SK Ketengah Jaya II
  • SMK Teja Putra
  • SMK Seri Rasau
  • SMK Ketengah Jaya
  • SMK Paka