Tuesday, October 28, 2014

BENGKEL VERIFIKASI DATA INILAM SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2014


TARIKH: 28 OKTOBER 2014

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT: PKG PAKA, DUNGUN TERENGGANU

Tuesday, October 21, 2014

MESYUARAT GPM BIL 2/2014 DAN LITERASI MAKLUMAT PERINGKAT DAERAH DUNGUN


Pada 20 Oktober 2014 telah berlangsung Mesyuarat GPM bil 2/2014 dan Literasi Maklumat Peringkat Dungun. Program tersebut diadakan di bilik Chemerong PPD Dungun. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Dungun.

 *Bahan-bahan GPM boleh la di download di bahagian MUAT TURUN blog PKG Paka.

Wednesday, October 15, 2014

Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Negeri Terengganu 2014


Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Paka selepas selesai mesyuarat JKPA PKG Paka Bil 3/2014 pada pukul 2.00pm di PKG Paka. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kredit kepada semua staff PKG Paka.

MESYUARAT JKPA PKG PAKA BIL 3/2014


Mesyuarat JKPA PKG Paka Bil.3/2014 telah diadakan Pada 14 Okt 2014 di Bilik Mesyuarat SMK Ketengah Jaya yang telah di Pengerusikan oleh En. Zulkefly bin Abdul Rahim, Pengetua SMK Ketengah Jaya. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Paka serta Pegawai daripada BTPN Terengganu, YM Tg. Abdussalam B. Tg. Awang dan En.Badru Hishan Bin Mohd Zin.Terima kasih diucapkan yang hadir.

Wednesday, October 1, 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE PENDIDIKAN ISLAM FASA 3/2014


Pada 1 hingga 2 Oktober 2014, Bengkel Laman Pembelajaran Maya (Frog VLE) sedang dijalankan di Makmal SMK Sultan Omar. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan sasaran KPI seperti yang KPM ingini. Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat dan guru-guru Pendidikan Islam yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam bengkel ini, tidak lupa juga kepada SMK Sultan Omar kerana menyediakan tempat untuk bengkel ini.Tahniah dan syabas untuk semua guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah daerah Dungun.