Wednesday, December 7, 2011

LAWATAN BERINFORMASI KE BTPN KUALA LUMPUR & PKG KUALA LUMPUR ANJURAN PKG DAERAH DUNGUN 2011

Pada 30 Nov 2011-01 Dis 2011, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu Lawatan Berinformasi ke BTPN Wilayah Persekutuan dan rangkaian PKG Kuala Lumpur.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada PTP PKG Daerah Dungun,Guru Perpustakaan Media,Guru Besar dan FT17. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang fungsi dan peranan BTPN dan PKG.


Pada hari pertama para peserta telah melawat PKG Sentul di Taman Sri Segambut yang masih baru siap dibina dan telah dirasmikan pada bulan Jun 2011. Bangunan PKG Sentul ini merupakan PKG pertama di Malaysia yang siap dengan rekabentuk terbaru untuk PKG di seluruh negara dalam RMK9.



Para peserta menginap di wisma Majlis Belia Malaysia di bandar Tun Razak.

Pada 1 Dis 2011, para peserta telah dibawa melawat ke BTPN Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Para peserta dijamu sarapan pagi dan di bawa melawat di sekitar BTP dan bertolak pulang ke Terengganu pada pukul 2.30 petang.

GOTONG ROYONG EDISI PKG PAKA

Pada 29/11/2011 PKG Paka telah mengadakan satu program gotong royong antara staff PKG dan juga staff pembersihan. Gotong royong ini adalah untuk mengemaskini semula kedudukan bilik FT17.

Terima kasih kepada semua yang membantu.

Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu


Pada 31 Oktober 2011 telah berlangsung satu Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di SMK Teknik Dungun. Pertandingan ini turut dianjurkan oleh DBP Wilayah Timur JPN. Ini merupakan salah satu acara sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011, juga diambil sempena Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia baru-baru ini.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang pentingnya penghayatan dan kecintaan pelajar terhadap tokoh yang banyak berjasa kepada tanah air melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.

Monday, October 24, 2011

Majlis Penyerahan Ebook Tahun 4 Dun Paka 2011


Pada 22 Oktober 2011 telah berlansung satu Majlis Penyerahan Ebook Tahun 4 Dun Paka di SMK Paka. Para ibubapa dan murid telah berada di SMK Paka seawal 7.30 pagi walaupun hujan lebat bagi tujuan pendaftaran. Majlis yang dilansungkan di Dewan SMK Paka telah dirasmikan oleh Y.B Haji Zakaria@Mohd Ariffin B. Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Paka. Seramai 1073 orang murid Tahun 4 menerima e-Book dalam majlis berkenaan. Majlis berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu pada hari tersebut.

Thursday, October 13, 2011

Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Daerah Dungun


Satu Bengkel Persiapan Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Daerah Dungun bagi Dewan Undangan Negeri Paka telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Paka bermula 10 hingga 13 Oktober 2011. Seramai 15 EIO dari sekolah-sekolah yang terlibat telah menghadiri bengkel selama 3 hari berkenaan. Bengkel tersebut diadakan bagi memastikan majlis penyampaian e-Book nanti akan berjalan dengan lancar.

Majlis Penyerahan e-Book berkenaan dijangka akan diadakan pada 22 oktober 2011 bertempat di Dewan SMK Paka dan akan dirasmikan oleh Y.B Haji Zakaria@Mohd Ariffin B. Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Paka. Dianggarkan seramai 1073 orang murid Tahun 4 akan menerima e-Book dalam majlis berkenaan.

Sunday, October 2, 2011

Pencalonan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2011

Pemilihan calon PSS Cemerlang 2011 bagi daerah Dungun telah dilaksanakan baru-baru ini. Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah telah terlibat. Di antara sekolah-sekolah berkenaan, SK Seri Paka dan SMK Sultan Omartelah terpilih untuk mewakili daerah Dungun ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan oktober ini.






Sunday, January 30, 2011

PEMBAHAGIAN EBOOK DAERAH DUNGUN 2011

Pembahagian E-Book akan dijalankan di 4 dun yang berlainan. Tarikh, tempat dan masa adalah seperti berikut:

I) DUN BUKIT BESI
Tarikh : 7 Feb 2011 (Isnin)
Masa : 3.00 pm
Tempat : Dewan SMK Bukit Besi

II) DUN SURA
Tarikh : 10 Feb 2011 (Khamis)
Masa : 9.30 am
Tempat : Dewan Utama MPD

III) DUN PAKA
Tarikh : 10 Feb 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 Pm
Tempat : Dewan SMK Paka

IV) DUN RANTAU ABANG
Tarikh : 20 Feb 2011 (Selasa)
Masa : 3.00 Pm
Tempat : Dewan Seri Wangi,SMK Pulau Serai.