SEJARAH PKG PAKA

PKG Paka terletak di Daerah Dungun dalam DUN Paka. PKG Paka telah disempurnakan oleh yang Berbahagia Dato’ Asiah binti Abu Samah pada 8 Ogos 1992 bersamaan 9 Safar 1413. PKG Paka dahulunya terletak di Sekolah Kebangsaan Paka tetapi pada tahun 2006 ianya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Paka III. PKG Paka berada dalam jarak 100 kilometer dari BTPN dan 25 kilometer dari PPD. Dengan arus kemajuan dan untuk memenuhi kehendak pengguna PKG yang dahulunya mempunyai seorang staf sekarang mempunyai dua orang pegawai, seorang pembantu tadbir, seorang juruteknik komputer dan seorang EIO.