Tuesday, July 24, 2018

MESYUARAT KLUSTER PSS DAN BENGKEL PENDEDAHAN SSQS VERSI 3.1 SEKOLAH AHLI PKG PAKA BIL2/2018



TARIKH : 22 JULAI 2018 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PKG PAKA
PESERTA : GURU GPM SEKOLAH AHLI PKG PAKA

MESYURAT KLUSTER TEKNO ICT & BENGKEL PENDEDAHAN PENGISIAN SSQS VERSI 3.1 PKG PAKA 2018


TARIKH : 19 JULAI 2018 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PKG PAKA
PESERTA : GURU GICT SEKOLAH AHLI PKG PAKA


Tuesday, July 17, 2018

Smart School Qualification Standards (SSQS)



PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).


Penarafan SSQS di peringkat PKG Paka akan bermula pada 16 Julai hingga 25 Ogos 2018

KEMPEN HOUR OF CODE 2018



Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah melancarkan kempen “Hour of Code” yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018. Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.


“Hour of Code” (HOC) adalah satu pergerakan global diterajui oleh code.org yang memfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan coding dan pengaturcaraan selama satu jam. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (semakan) dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains di sekolah.


Klik pautan untuk maklumat selanjutnya:

Manual Pelaksanaan Hour of Code 2018
Surat Kelulusan Pelaksanaan Kempen Hour of Code 2018
Risalah Hour of Code 2018


Tuesday, July 3, 2018

SEKITAR PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2018

Syukur Alhamdulillah, Pemantauan Pembestarian Sekolah PKG Paka telah berjaya dijalankan pada tahun 2018. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah semasa proses pemantauan dijalankan. Secara keseluruhannya, pihak PKG berpuashati daripada hasil pemantuan yang telah dijalankan. Diharap segala kekuraangan dapat ditambahbaik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi tahap pembestarian sekolah ahli PKG Paka. Tahniah semua.

Pemantauan di SMK Paka

 Pemantauan di SK Paka

 Pemantauan di SK Kampung Nyior


Sunday, July 1, 2018

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018



Fasa Pertama


Tarikh Pelaksanaan : 1 Julai 2018 hingga 30 Julai 2018
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 & 5


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut.


Pautan DCS : http://best.moe.edu.my/dcs3
                       http://btpntrgpnp.moe.edu.my

TRANSFORMASI PSS SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2018

PSS bukan hanya tempat menyimpan koleksi buku tetapi tempat pembelajaran yang menyeronokkan. PSS perlu mempunyai infrastruktur seperti pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta menyediakan suasana pembelajaran yang selesa (fun learning area) berteraskan resource-based learning. Ruang pembelajaran ini boleh diubahsuai untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta mengikut perubahan kurikulum dan teknologi.

PSS diurus melalui pengurusan kualiti secara menyeluruh (Total Quality Management). Pentadbir sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu bekerjasama dalam memastikan PSS dapat diurus dengan cekap dan efektif agar sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan. Keadaan ini dapat menggalakkan pembelajaran kendiri (selflearning) terhadap guru dan murid melalui capaian sumber maklumat yang begitu banyak dan pelbagai. Di samping itu, murid dapat merangsang pembelajaran dan menghasilkan idea-idea yang bernas dan pragmatik.

Sempena Pemantauan Pembestarian Sekolah, sedikit perkongsian PSS sekolah ahli PKG Paka yang minimalist dan lebih berimpak tinggi. Tahniah kepada semua sekolah ahli PKG yang menyahut seruan ke arah pss abad 21.