Sunday, July 1, 2018

TRANSFORMASI PSS SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2018

PSS bukan hanya tempat menyimpan koleksi buku tetapi tempat pembelajaran yang menyeronokkan. PSS perlu mempunyai infrastruktur seperti pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta menyediakan suasana pembelajaran yang selesa (fun learning area) berteraskan resource-based learning. Ruang pembelajaran ini boleh diubahsuai untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta mengikut perubahan kurikulum dan teknologi.

PSS diurus melalui pengurusan kualiti secara menyeluruh (Total Quality Management). Pentadbir sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu bekerjasama dalam memastikan PSS dapat diurus dengan cekap dan efektif agar sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan. Keadaan ini dapat menggalakkan pembelajaran kendiri (selflearning) terhadap guru dan murid melalui capaian sumber maklumat yang begitu banyak dan pelbagai. Di samping itu, murid dapat merangsang pembelajaran dan menghasilkan idea-idea yang bernas dan pragmatik.

Sempena Pemantauan Pembestarian Sekolah, sedikit perkongsian PSS sekolah ahli PKG Paka yang minimalist dan lebih berimpak tinggi. Tahniah kepada semua sekolah ahli PKG yang menyahut seruan ke arah pss abad 21.