Thursday, June 28, 2018

TAHNIAH..PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER YANG CEKAP


SEKITAR PEMANTAUAN MAKMAL MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH PKG PAKA 2018

Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
  • Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
  • Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
  • Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
  • Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.