Tuesday, June 5, 2018

WOW..STUDIO TVPSS SMK PAKA BERWAJAH BARU!

Semasa Pemantauan Pembestarian Sekolah 2018 di SMK Paka, pihak PKG Paka berkesempatan melawat Studio TVPSS PKTV, SMK Paka. PKTV yang tidak asing lagi di Negeri Terengganu yang pernah dinobatkan sebagai Naib Johan TVPSS Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2017 sangat komited dan telah melangkah setapak ke hadapan dalam dunia penyiaran dengan mewujudkan studio tv yang lebih selesa, santai dan minimalist. Menurut CEO PKTV, Cikgu Kamal Mizan, studio ini adalah hasil kerjasama yang padu semua warga SMK Paka yang ingin melihat kemenjadian murid dan TVPSS PKTV terus berkembang dan terus bersaing dengan tvpss sekolah-sekolah lain di Negeri Terengganu. Warga SMK Paka amat berharap agar Tahun 2018, PKTV dapat melakar sejarah gemilang apabila berjaya dinobatkan sebagai TVPSS Terbaik Negeri Terengganu 2018. Sama-sama kita doakan.