Sunday, January 20, 2019

PROGRAM 5S PKG PAKA BIL 1 2019

17 JANUARI 2019 : Program 5S telah dilaksanakan pada hari ini bagi mewujudkan suasana yang kondusif di Pusat Kegiatan Guru Paka. Program ini mampu memastikan standard serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. Program dimulakan dengan bacaan yaasin bagi mendapatkan keberkatan pada hari yang mulia dan dipermudahkan segala urusan. Usaha murni ini telah mencapai objektif dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan yang baik sesama rakan sekerja.
#seiri : sisih
#seiton : susun
#seiso : sapu
#seiketsu : seragam
#shitsuke : sentiasa amal

Thursday, January 17, 2019

BENGKEL PENANDAAN SKEMA & PERATURAN UPSR GURU-GURU BAHASA INGGERIS BUKAN PEMERIKSA DIBAWAH KLUSTER PLC PKG PAKA


TARIKH : 17 JANUARI 2019 (KHAMIS)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT  PKG PAKA

Wednesday, January 16, 2019

LAWATAN KE PSS KUB'JAYA (SMK DATO' ENGKU BIJAYA SURA)



Lawatan Kunjung Mesra ke PSS SMK Dato' Engku Bijaya Sura telah diadakan pada hari Selasa, 15 Januari 2019. Dalam lawatan ini pihak PKG Paka dapat melihat keadaan PSS selepas sesi cuti persekolahan 2018. Pihak PKG Paka juga mengambil berkesempatan memberi perkongsian berkaitan instrumen Anugerah Pusat Sumber yang digunapakai di peringkat kebangsaan. Diharapkan lawatan ini dapat menyediakan sekolah ke arah pusat sumber yang cemerlang.  

Tuesday, January 15, 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019

Tajuk : Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua
14 Januari 2019 (Isnin)
Universiti Putra Malaysia

MUAT TURUN TEKS UCAPAN

Monday, January 14, 2019

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK U-PUSTAKA


Pertandingan video kreatif u-Pustaka salah satu dari program mempromosi perkhidmatan u-Pustaka yang berbentuk pertandingan menghasilkan kapsul, sketsa pendek atau mesej khidmat awam (PSA). 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 1 minit hingga 3 minit. Slogan pertandingan ini  ialah “Utamakan Pengetahuan,  Ingatlah  u-Pustaka”  yang membawa mesej perkongsian pengalaman yang terindah dan terbaik perkhidmatan u-Pustaka atau berkongsi pengalaman semasa menggunakan perkhidmatan u-Pustaka.


 Tempoh pertandingan ini adalah selama satu (1) bulan iaitu bermula dari   1 Januari 2019 (Selasa) dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2019 (Khamis).


## BORANG PERTANDINGAN VIDEO KREATIF


MESYUARAT PENGURUSAN DAN AKTIVITI PKG DAERAH DUNGUN BIL 1/2019




13 Januari 2019 - Mesyuarat Pengurusan dan Aktiviti PKG Daerah Dungun Bil 1 bagi tahun 2019 telah diadakan di Shahida Lee Kitchen, Dungun. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua PKG Daerah Dungun, En Namizan bin Ngah.Turut hadir, En Mat Azam bin Othman (Pegawai Votek PPD Dungun). Tujuan mesyuarat untuk membincangkan perancangan aktiviti PKG sepanjang tahun 2019 dan pencapaian pada tahun sebelumnya. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Wednesday, January 9, 2019

Tahniah Atas Pelantikan Pengarah BSTP

TUAN HAJI ZAIDI BIN YAZID

Atas Pelantikan Sebagai

PENGARAH BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mulai 3 Januari 2019