Thursday, March 21, 2019

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI GURU 2019

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Pertandingan Video Pendek sempena Hari Guru dan diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Konsep Pertandingan Video Pendek

1. Kecintaan kepada profesion perguruan.
2. Menyelitkan unsur-unsur bahasa, sastera dan tradisional

Syarat -syarat penyertaan

1. Terbuka kepada semua TV PSS Negeri Terengganu
2. Video mestikan berkonsepkan kecintaan kepada profesion perguruan.
3. Menyelitkan unsur-unsur bahasa, sastera dan tradisional
4. Memasukkan unsur "TERIMA KASIH CIKGU' di akhir video.
5. Penglibatan adalah daripada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti
6. Durasi tidak melebihi 3 minit
7. Mestilah mengisi borang penyertaan yang di lampirkan
8. Dimuatnaik ke saluran Youtube TV PSS sekolah masing-masing dan laman frog VLE sekolah
9. Semua rakaman adalah dari rakaman sekolah tanpa mengambil dari sumber video lain
10. Dihantar kepada: tvpss.upsp.btpnt@gmail.com
11. Tarikh tutup : 15 APRIL 2019

BORANG PENYERTAAN