Wednesday, August 29, 2018

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BTPN KE PKG



Selasa, 28 Ogos 2018 : Pemantauan Pelaksanaan Pembestarian Sekolah telah dijalankan bertempat di PKG Seri Dungun. Pemantauan yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat sejauh mana pelaksanaan Pemantauan Pembestarian Sekolah yang dijalankan oleh setiap PKG dan pematuhan kepada objektif kualiti dalam Sistem Pensijilan MS ISO 9001:2015. Pemantauan ini dikendalikan oleh En. Alhadi bin Yaali, Unit Pengurusan Strategik, BTPN Terengganu. Sesi pemantauan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dihasratkan. 

Sunday, August 26, 2018

PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIIKASI STEM (ANDROID) MySTEMapps Challenge 2018


Di bawah Inisiatif 49: pengukuhan Pendidikan STEM yang diterajui oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan menganjurkan Pertandingan Pembangunan APlikasi STEM, MySTEMapps Challenge 2018.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam industri pembangunan aplikasi dan menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan juga dalam inisiatif Ketiga Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital dan kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan pada tahun 2020.

MySTEMapps Challenge 2018 terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 4. Pihak sekolah adalah digalakkan untuk menghantar penyertaan yang berupa satu (1) idea pembangunan aplikasi sebelum atau pada 18 September 2018 bagi pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan di anjurkan oleh BTP pada bulan Oktober 2018.

#Garis Panduan Pertandingan



Wednesday, August 15, 2018

Tuesday, August 14, 2018




SELASA, 14 OGOS 2018 merupakan tarikh yang bersejarah kepada warga SMK Ketengah Jaya apabila dinilai dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 bagi kategori Sekolah Menengah. Anugerah yang berprestij ini dihakimi oleh Dr. Qhamariah binti Samu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan En. Wan Sanazi bin Ali, Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti, KPM. Semasa penilaian turut dihadiri oleh En. Shafruddin bin Ali Hussin, Pengarah JPN Terengganu, Tn. Hj. Muie bin Ngah, PPD Dungun, Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Pegawai-pegawai BTPN Terengganu dan PKG, PIBG dan rakan-rakan strategik SMK Ketengah Jaya. Para hakim disambut dengan gilang-gemilang oleh para pelajar SEJAYA dan kemudiannya disusuli dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Penilaian diteruskan dengan sesi taklimat daripada En. Hamedi Zaidi bin Mamat @ Sidek, Pengetua SMK Ketengah Jaya dan disusuli dengan tayangan video korporat oleh Pn. Rabiahton Adawiyah binti Ibrahim, Guru Perpustakaan Media. Seterusnya panel hakim dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan akhirnya dibawa ke PSS SMK Ketengah Jaya (PUSBA) untuk semakan fail. Syukur Alhamdulillah, penilaian berakhir pada pukul 6.40 petang. Warga Sejaya amat komited dan berharap SMK Ketengah Jaya dapat melakar sejarah gemilang berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2018 sekaligus mengharumkan nama Terengganu di persada negara.

Monday, August 13, 2018

PERTANDINGAN FROG CHAMPIONSHIPS


Pertandingan Frog Championships akan bermula pada 6 Ogos 2018. Kali ini pertandingan peringkat KEBANGSAAN, NEGERI, DAERAH untuk empat bulan berturut-turut. Setiap bulan akan ada pemenang bulanan. Jadi peluang untuk menang lebih cerah bagi semua PELAJAR, GURU, SEKOLAH. Ayuh gunakan laman FrogBoost dan jawab soalan-soalan kuiz Frogplay dalam laman FrogBoost.


MATEMATIK : 6 OGOS - 2 SEPT
BAHASA INGGERIS : 3 SEPT - 30 SEPT
SAINS : 1 OKT - 28 OKT
MISTERI : 29 OKT - 24 NOV


SILA LAYARI PAUTAN BERIKUT:

BENGKEL PEMBUGARAN VLE DI BAWAH KLUSTER PLC PKG PAKA 2018



TARIKH : 09 OGOS 2018 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PKG PAKA
PESERTA : GURU PENYELARAS VLE