Monday, January 14, 2019

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK U-PUSTAKA


Pertandingan video kreatif u-Pustaka salah satu dari program mempromosi perkhidmatan u-Pustaka yang berbentuk pertandingan menghasilkan kapsul, sketsa pendek atau mesej khidmat awam (PSA). 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 1 minit hingga 3 minit. Slogan pertandingan ini  ialah “Utamakan Pengetahuan,  Ingatlah  u-Pustaka”  yang membawa mesej perkongsian pengalaman yang terindah dan terbaik perkhidmatan u-Pustaka atau berkongsi pengalaman semasa menggunakan perkhidmatan u-Pustaka.


 Tempoh pertandingan ini adalah selama satu (1) bulan iaitu bermula dari   1 Januari 2019 (Selasa) dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2019 (Khamis).


## BORANG PERTANDINGAN VIDEO KREATIF