PSS bukan hanya tempat
menyimpan koleksi buku tetapi
tempat pembelajaran yang
menyeronokkan. PSS perlu
mempunyai infrastruktur seperti
pengudaraan dan pencahayaan
yang mencukupi serta menyediakan
suasana pembelajaran yang selesa
(fun learning area) berteraskan
resource-based learning.
Ruang pembelajaran ini boleh
diubahsuai untuk mengendalikan
aktiviti yang pelbagai serta mengikut
perubahan kurikulum dan teknologi.
PSS diurus melalui pengurusan kualiti secara menyeluruh (Total Quality Management).
Pentadbir sekolah dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu bekerjasama dalam
memastikan PSS dapat diurus dengan cekap dan efektif agar sekolah menjadi tempat
yang menyeronokkan. Keadaan ini dapat menggalakkan pembelajaran kendiri (selflearning)
terhadap guru dan murid melalui capaian sumber maklumat yang begitu
banyak dan pelbagai. Di samping itu, murid dapat merangsang pembelajaran dan
menghasilkan idea-idea yang bernas dan pragmatik.
Sempena Pemantauan Pembestarian Sekolah, sedikit perkongsian PSS sekolah ahli PKG Paka yang minimalist dan lebih berimpak tinggi. Tahniah kepada semua sekolah ahli PKG yang menyahut seruan ke arah pss abad 21.