Thursday, February 15, 2018

TATACARA PERMOHONAN VLE CLASSROOM MAKEOVER



FROG VLE CLASSROOM MAKEOVER

  • Merupakan satu inisiatif pengubahsuaian bilik darjah yang ditaja oleh Yayasan YTL dan direka oleh pasukan pereka YTL dan FrogAsia. Bilik darjah ini direka dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran masa akan datang (abad ke-21) dengan menekankan kos efektif, mudah untuk diulang bina di sekolah-sekolah lain dan mampu disediakan oleh sukarelawan.
  • Rekaan bilik darjah dengan meja murid berbentuk melengkung yang direka khas dan disusun dalam formasi melingkar di keseluruhan bilik membolehkan murid duduk dalam kumpulan yang menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif. Selain itu, dinding bilik dicat dengn pelbagai warna lembut dan terang yang dapat memberi murid menyerlahkan diri.


Senarai pautan yang mungkin dapat memberi maklumat lebih lanjut mengenai FROG VLE CLASSROOM MAKEOVER.