Wednesday, March 29, 2017

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2017


Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengajurkan pertandingan Digital Story Telling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi/ICT dalam PdP.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.

Dokumen-dokumen tersebut juga boleh dimuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut: http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17  atau di portal KPM (www.moe.gov.my) di ruangan pemberitahuanPenyertaan hendaklah dihantar melalui BTPN Terengganu sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.