Monday, March 8, 2010

Mesyuarat AJK Pengurusan 2010


Mesyuarat AJK Pengurusan aktiviti PKG Paka buat kali pertama pada tahun 2010 telah diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Paka.Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG Paka.Turut hadir dalam mesyuarat pengurusan ini ialah Pegawai dari PPD Daerah Dungun dan beberapa orang Pegawai dari BTPN Terengganu.Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini meliputi pelaporan aktiviti 2009 serta perancangan aktiviti tahun 2010 yang akan diadakan.Selain itu melantik AJK Pengurusan baru bagi tahun 2010 serta hal-hal lain yang berkaitan isu PSS dan ICT turut di bincangkan.