Monday, March 15, 2010

SPPICTS 2010


Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali seperti berikut :

I) 21 Mac hingga 09 April 2010
II) 20 Jun hingga 09 Julai 2010
III) 19 September hingga 08 Oktober 2010

SILA LAWATI : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
MENGIKUT TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN.
PENGISIAN DATA ONLINE DIPANTAU SECARA TERUS OLEH JPNT, TKSU KPM DAN JEMAAH NAZIR.

Monday, March 8, 2010

Mesyuarat AJK Pengurusan 2010


Mesyuarat AJK Pengurusan aktiviti PKG Paka buat kali pertama pada tahun 2010 telah diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Paka.Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG Paka.Turut hadir dalam mesyuarat pengurusan ini ialah Pegawai dari PPD Daerah Dungun dan beberapa orang Pegawai dari BTPN Terengganu.Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini meliputi pelaporan aktiviti 2009 serta perancangan aktiviti tahun 2010 yang akan diadakan.Selain itu melantik AJK Pengurusan baru bagi tahun 2010 serta hal-hal lain yang berkaitan isu PSS dan ICT turut di bincangkan.

Khidmat Bantu ICT


Khidmat Bantu ICT di SMK Paka pada 27 Januari 2010.Usaha gigih Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Paka bersama juruteknik komputer dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun telah membuahkan hasil, difahamkan sebelum ini SMK Paka menghadapi masalah dalam capaian internet.

Monday, February 1, 2010

Fungsi Pusat Kegiatan Guru Paka

# Memantau, Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu PSS dan Program Gerakan Membaca Di Sekolah.
# Memantau, Menyelaras, Menilai Dan Memberi Khidmat Bantu Pelaksanaan Program ICT Di Sekolah.
# Memberi Perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 Kepada Sekolah.
# Mengumpul Data Asas Teknologi Pendidikan Bagi Tujuan Penilaian Dan Pelaksanaan Dasar Teknologi Pendidikan.
# Menyediakan Bahan Sumber Pendidikan Dalam Pelbagai Media.
# Melaksana, Menyebar, Mempromosi Dan Menggalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan Di Sekolah.
# Mengendali Projek Inovasi PKG dan tugas-tugas sokongan serta keurusetiaan.

Wednesday, January 27, 2010

VISI, MISI & MOTO

VISI
'' Meneraju Transformasi Generasi Bestari Melalui Teknologi Pendidikan Menjelang 2015 ''

MISI

'' Pembangunan Kapasiti Dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Intruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan ''

MOTO

'' Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ''