Thursday, March 15, 2018

PERTANDINGAN CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL ( CAKNA 2018)



Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 bertujuan untuk mendidik serta mempertingkat kesedaran orang ramai khususnya murid-murid mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian.

Objektif Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 adalah seperti berikut:
  • Memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan ICT, keselamatan siber dan penggunaan Internet secara positif
  • Menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam (public speaking), dan kemahiran interpersonal
  • Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
  • Merapatkan jurang murid antara bandar dan luar bandar dalam konteks keselamatan siber

Pelaksanaan

Penutup

Terdapat pertukaran tarikh untuk Pertandingan Separuh Akhir Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2018) telah diktukar pada 19 Julai - 27 Julai 2018.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Nurul A'syiqin Haris di talian 03-20817777 di Sektor Pembestarian Sekolah.

Monday, March 5, 2018

KHIDMAT BANTU PSS


TARIKH : 1 MAC 2018
TEMPAT : SMK KETENGAH JAYA
PESERTA : 6 ORANG