Pada 5 Februari 2015, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPM bil 1/2015 & Bengkel Pengurusan Kewangan PSS 2015. Program ini telah diadakan di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Pihak PKG telah menjemput Ketua Pembantu Tadbir , SK Bukit Guntong, En Ghazali bin Ludin sebagai Penceramah bagi Bengkel Pengurusan Kewangan PSS. GPM Daerah Dungun 2015 telah diberi pendedahan dan pencerahan berkaitan pengurusan kewangan PSS yang betul agar peruntukan PCG yang diperolehi dapat diurustadbir dengan lebih efisyen. Semoga PSS sekolah Daerah Dungun akan lebih cemerlang.