Pada 14 Januari 2015, satu Taklimat dan Pengagihan Bahan Digital MBMMBI telah diadakan untuk semua Guru Perpustakaan & Media Sekolah ahli PKG Paka. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Paka pada jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Ramli bin Ismail ( PTP 1, PKG Paka ) dan dibantu oleh Pn Norhayati Bt Bidin ( PTP II ) PKG Paka. Objektif utama adalah untuk memberi pencerahan berkaitan tatacara pengurusan Bahan Edaran MBMMBI yang betul yang diedarkan oleh BTPNT/PKG untuk kegunaan sekolah bagi sesi persekolahan 2015.