Monday, April 30, 2012

.Salam 1 Malaysia

Link untuk Borang Balas Kursus Pengintegrasian E-book dan kelas maya

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFZtTzlOYXU1STZwcVdkcDBkTWFZYmc6MQ#gid=0

Thursday, February 9, 2012

DALAM KENANGAN...

PADA 1 FEBRUARI 2012, PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 PKG PAKA IAITU ENCIK AZMI BIN SENIK TELAH MENINGGALKAN PKG PAKA DAN KINI BERTUGAS DI BTPN TERENGGANU. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA BELIAU KERANA TELAH MENCERIAKAN SUASANA DAN SENANG UNTUK BERURUSAN SELAMA BERTUGAS DI PKG PAKA.

BEGITU JUGA DIUCAPKAN KEPADA N22 PKG PAKA IAITU ENCIK ZAKI BIN ABIDIN YANG AKAN BERSARA PADA 28 FEBRUARI 2012 TETAPI TELAH MENGAMBIL CUTI UNTUK MENGHABISKAN CUTI YANG MASIH BERBAKI.TERIMA KASIH KERANA SELAMA BEKERJA BEGITU SPORTING DAN TERAMAT MESRA SIKAPNYA. SEMOGA TIDAK MELUPAKAN STAFF DAN PEGAWAI YANG MASIH BERADA DI PKG PAKA.

STAFF PKG PAKA SEKARANG TERDIRI DARIPADA PTP 2, EN.EZUAN BIN AHMAD DAN FT17, NORLIZA BT MOHD NOR.


EN. AZMI BIN SENIK
MANTAN PTP 1 PKG PAKA


EN. ZAKI BIN ABIDIN
MANTAN N22 PKG PAKA

Monday, January 16, 2012

NETWORKING DI PKG PAKA

Hari ini,16 Jan 2012, staff PKG Paka telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah networking yang sering berlaku pada akhir-akhir ini di PKG Paka. Proses yang bermula dari 'check' port switch, membuat kabel utp baru hinggalah membuat semula wiring telefon bagi talian internet tm broadband. Satu kepuasan kepada staff PKG Paka apabila penat lelah hari ini berbaloi dan talian internet dapat digunakan dengan sempurna. Semoga PKG Paka dapat meneruskan kerjasama dan keutuhan antara staff.

Wednesday, December 7, 2011

LAWATAN BERINFORMASI KE BTPN KUALA LUMPUR & PKG KUALA LUMPUR ANJURAN PKG DAERAH DUNGUN 2011

Pada 30 Nov 2011-01 Dis 2011, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu Lawatan Berinformasi ke BTPN Wilayah Persekutuan dan rangkaian PKG Kuala Lumpur.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada PTP PKG Daerah Dungun,Guru Perpustakaan Media,Guru Besar dan FT17. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang fungsi dan peranan BTPN dan PKG.


Pada hari pertama para peserta telah melawat PKG Sentul di Taman Sri Segambut yang masih baru siap dibina dan telah dirasmikan pada bulan Jun 2011. Bangunan PKG Sentul ini merupakan PKG pertama di Malaysia yang siap dengan rekabentuk terbaru untuk PKG di seluruh negara dalam RMK9.



Para peserta menginap di wisma Majlis Belia Malaysia di bandar Tun Razak.

Pada 1 Dis 2011, para peserta telah dibawa melawat ke BTPN Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Para peserta dijamu sarapan pagi dan di bawa melawat di sekitar BTP dan bertolak pulang ke Terengganu pada pukul 2.30 petang.

GOTONG ROYONG EDISI PKG PAKA

Pada 29/11/2011 PKG Paka telah mengadakan satu program gotong royong antara staff PKG dan juga staff pembersihan. Gotong royong ini adalah untuk mengemaskini semula kedudukan bilik FT17.

Terima kasih kepada semua yang membantu.

Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu


Pada 31 Oktober 2011 telah berlangsung satu Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di SMK Teknik Dungun. Pertandingan ini turut dianjurkan oleh DBP Wilayah Timur JPN. Ini merupakan salah satu acara sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011, juga diambil sempena Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia baru-baru ini.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang pentingnya penghayatan dan kecintaan pelajar terhadap tokoh yang banyak berjasa kepada tanah air melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.

Monday, October 24, 2011

Majlis Penyerahan Ebook Tahun 4 Dun Paka 2011


Pada 22 Oktober 2011 telah berlansung satu Majlis Penyerahan Ebook Tahun 4 Dun Paka di SMK Paka. Para ibubapa dan murid telah berada di SMK Paka seawal 7.30 pagi walaupun hujan lebat bagi tujuan pendaftaran. Majlis yang dilansungkan di Dewan SMK Paka telah dirasmikan oleh Y.B Haji Zakaria@Mohd Ariffin B. Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Paka. Seramai 1073 orang murid Tahun 4 menerima e-Book dalam majlis berkenaan. Majlis berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu pada hari tersebut.