Wednesday, January 9, 2019

Ganu EdTech Day 2019


G SUITE FOR EDUCATION

Jom belajar menggunakan Google Apps seperti Google Chrome, Google Drive, Google Doc, Google Slide, Google Sheet dan Google Form.

Istimewa di Ganu EdTech Day 2019, kami menyediakan satu bengkel di dalam satu kelas selama DUA HARI khusus untuk mempelajari aplikasi-aplikasi tersebut.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Ayuh para pendidik di pantai timur. Jangan tunggu lagi.

Layari
http://tiny.cc/ganuedtechday19

untuk mendaftar dan mendapatkan keterangan lanjut.

SELAMAT DATANG TUAN PPD KE DAERAH DUNGUN

Penyerahan tugas kepada PPD Dungun baharu, Cikgu Salim bin Abd Ghani

TAHNIAH TN. HJ. ABDUL MUIE BIN NGAH


Tahniah kepada Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah, PPD Dungun atas pelantikan sebagai Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah JPNT. Warga PKG Paka mendoakan semoga tuan terus cemerlang di tempat baru.

Tuesday, January 8, 2019

LAWATAN FROG CLASSROOM MAKEOVER SK PAKA 2 & HANDS HOLDING TVPSS

8 JANUARI 2019 : Pada hari ini, satu sesi lawatan ke Frog Classroom SK Paka 2 telah dijalankan oleh PKG Paka. Berdasarkan lawatan, kerja-kerja mengecat kelas hampir selesai dan hanya tinggal proses menghias dan mencantikkan kelas mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh YTL Foundation. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pn. Zaini, Guru Besar SK Paka 2, En. Muhammad Sukri, Penyelaras Frog Classroom dan Ahli Jawatankuasa atas peluang dan inisiatif yang telah diambil untuk menambahbaik mutu persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Pastinya dengan wujudnya bilik ini akan memberikan impak yang positif kepada warga sekolah dan secara tidak langsung kepada sekolah ahli PKG Paka. Dalam sesi lawatan yang dijalankan, PKG Paka juga berkesempatan memberikan khidmat nasihat berkaitan TVPSS. 

LAWATAN NAIKTARAF CAPAIAN INTERNET DI SK SANTONG

31 DISEMBER 2018 - Satu lawatan telah dijalankan oleh kontraktor, TM, En. Mohd Isa bin Mohd Noor, Pegawai UBEST BTPNT dan En. Abdul Wahid bin Mohammad, Unit Pengurusan Pembangunan Perolehan dan Aset, PPD Dungun di SK Santong berkaitan kerja naiktaraf pemasangan internet. Penerangan dan perbincangan telah dijalankan dengan pihak sekolah dapat dijalankan dengan baik. Diharapkan kerja-kerja naiktaraf dapat berjalan dengan lancar bagi mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pdpc di kalangan guru dan murid. 

Monday, January 7, 2019

PEMANTAUAN PEMASANGAN YES 30Mbps

Setup Fiber CPE Oleh En. Lutfi Nafiah, YTL Comms

Fiber CPE (Mikrotik)

26 Disember 2018 : PKG Paka telah menjalankan pemantauan "Naiktaraf Internet 30 Mbps" di SK Paka. SK Paka merupakan salah sebuah sekolah daripada 12 sekolah di Negeri Terengganu yang terpilih untuk pemasangan sambungan Fiber 30Mbps (FTTS). Pemasangan yang dilakukan oleh pihak YTL berjalan dengan lancar walaupun terpaksa mengambil masa yang lama kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Dapatan daripada pemantauan, alat-alat yang dibekalkan dapat berfungsi dengan baik dan kelajuan internet mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan iaitu 24mbps di makmal, 4mbps di pejabat dan 2 mbps di bilik guru. Diharapkan pencapaian vle di SK Paka semakin memberangsangkan dengan adanya kelajuan internet yang baru ini.



Tuesday, January 1, 2019