Thursday, January 22, 2015

TAKLIMAT DAN PENGAGIHAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2015

       Pada 14 Januari 2015, satu Taklimat dan Pengagihan  Bahan Digital MBMMBI telah diadakan untuk semua Guru Perpustakaan & Media Sekolah ahli PKG Paka. Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Paka pada jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. Taklimat ini telah  disampaikan oleh En Ramli bin Ismail ( PTP 1, PKG Paka ) dan dibantu oleh Pn Norhayati Bt Bidin ( PTP II ) PKG Paka. Objektif utama adalah untuk memberi pencerahan berkaitan tatacara pengurusan Bahan Edaran MBMMBI yang betul yang diedarkan oleh BTPNT/PKG untuk kegunaan sekolah bagi sesi persekolahan 2015.

Sunday, November 16, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS PKG & GPM DAERAH DUNGUN 2014





12 November 2014 - PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Seri Dungun, PKG Paka, PKG Pulau Serai & PKG Bukit Besi telah bergabung melaksanakan Lawatan Penanda Aras Untuk GPM Daerah Dungun ke SK Felda Jerangau Barat ( Johan Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2014- Kategori SR ) dan SMA Mahmudiah (Tempat Ketiga Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2014- Kategori SM ). 

Tujuan utama  lawatan ini ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada GPM Daerah Dungun berkaitan pengurusan PSS yang cemerlang di dalam memastikan kecemerlangan PSS Sekolah-sekolah Daerah  Dungun. Alhamdulillah program yang telah dilaksanakan ini berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang padu daripada sekolah-sekolah ahli PKG Daerah Dungun. Warga PKG Daerah Dungun mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak di dalam menjayakan lawatan ini terutama warga SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah, Kuala Berang.

Thursday, November 6, 2014

HARI ANUGERAH DAN JAMUAN AKHIR TAHUN JKPA 2014






Pada 5 Nov 2014, Hari Anugerah Peringkat PKG Paka dan Jamuan Akhir Tahun JKPA 2014 telah diadakan di Dewan Bidara UITM Dungun. Program ini telah dihadiri oleh semua ahli JKPA, GPM GPBICT sekolah ahli PKG Paka. Ucapan terima kasih kepada yang menjayakan dan tahniah  bagi yang mendapat anugerah 2014.



SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PKG PAKA 2014


1)    ANUGERAH  PENGGUNAAN VLE TERBAIK 2014
-       SMK SERI RASAU
  
2)    ANUGERAH PENGURUSAN PSS TERBAIK 2014
-        SK SERI PAKA
           
3)    ANUGERAH PENGURUSAN MAKMAL TERBAIK 2014
-     SMK PAKA
4)    ANUGERAH GPM CEMERLANG 2014
-       PN. ROSLIZA BT IBRAHIM – SK PAKA III

5)    ANUGERAH GPB/ICT CEMERLANG 2014
-       EN HAMDAN BIN EMBONG - SK FELDA SERI RASAU
                                                        
6)      ANUGERAH PENGURUSAN NILAM TERBAIK  2014
-       SK SERI PAKA

7)       ANUGERAH TOKOH NILAM  2014
-       Kategori Bahasa Melayu – Sekolah Menengah
( Fatimah Hanida bt Awang- SMK Ketengah Jaya)

-       Kategori Bahasa Melayu – Sekolah Rendah
( Wan Aida Nasuha bt Wan Sabri –SK Seri Paka)

-       Kategori Bahasa Inggeris – Sekolah Menengah
( Muhammad Firdaus bin Izudin –SMK Ketengah Jaya )
   
-       Kategori Bahasa Inggeris – Sekolah Rendah
( Putri Nur Batrisha bt Othman- Sk Paka 2 )

MESYUARAT KHAS PENUBUHAN KUMPULAN SOLAT JENAZAH PKG PAKA 2014





Tarikh :30 Oktober2014 (Khamis ) 
Masa : 10.00 pagi - 2.00 Petang 
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Paka 

Tuesday, October 28, 2014

BENGKEL VERIFIKASI DATA INILAM SEKOLAH AHLI PKG PAKA 2014


TARIKH: 28 OKTOBER 2014

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT: PKG PAKA, DUNGUN TERENGGANU

Tuesday, October 21, 2014

MESYUARAT GPM BIL 2/2014 DAN LITERASI MAKLUMAT PERINGKAT DAERAH DUNGUN


Pada 20 Oktober 2014 telah berlangsung Mesyuarat GPM bil 2/2014 dan Literasi Maklumat Peringkat Dungun. Program tersebut diadakan di bilik Chemerong PPD Dungun. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Dungun.

 *Bahan-bahan GPM boleh la di download di bahagian MUAT TURUN blog PKG Paka.

Wednesday, October 15, 2014

Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Negeri Terengganu 2014


Pemantauan Susulan BTPN ke PKG Paka selepas selesai mesyuarat JKPA PKG Paka Bil 3/2014 pada pukul 2.00pm di PKG Paka. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kredit kepada semua staff PKG Paka.