Wednesday, October 15, 2014

MESYUARAT JKPA PKG PAKA BIL 3/2014


Mesyuarat JKPA PKG Paka Bil.3/2014 telah diadakan Pada 14 Okt 2014 di Bilik Mesyuarat SMK Ketengah Jaya yang telah di Pengerusikan oleh En. Zulkefly bin Abdul Rahim, Pengetua SMK Ketengah Jaya. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Paka serta Pegawai daripada BTPN Terengganu, YM Tg. Abdussalam B. Tg. Awang dan En.Badru Hishan Bin Mohd Zin.Terima kasih diucapkan yang hadir.

Wednesday, October 1, 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE PENDIDIKAN ISLAM FASA 3/2014


Pada 1 hingga 2 Oktober 2014, Bengkel Laman Pembelajaran Maya (Frog VLE) sedang dijalankan di Makmal SMK Sultan Omar. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan sasaran KPI seperti yang KPM ingini. Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat dan guru-guru Pendidikan Islam yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam bengkel ini, tidak lupa juga kepada SMK Sultan Omar kerana menyediakan tempat untuk bengkel ini.Tahniah dan syabas untuk semua guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah daerah Dungun.

Monday, September 29, 2014

BAHAN TAKLIMAT MBMMBI 2013 DAN TAKLIMAT EDUWEBTV Ver 2.0


TAKLIMAT EDUWEBTV Ver 2.0:KLIK DI SINI

TAKLIMAT MBMMBI 2013: KLIK DI SINI

TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN MBMMBI DAN EDUWEBTV




29 September 2014, Program Taklimat Penggunaan Bahan MBMMBI dan EDUWEBTV sedang diadakan di Sek Keb Sura. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Panitia BM dan BI tentang kewujudan cd MBMMBI yang telah dibekalkan oleh KPM kepada semua sekolah.


BAHAN SPS dan SPS Lite 2014

Bahan SPS dan SPS Lite 2014: download


Saturday, August 16, 2014

BENGKEL PEMANTAPAN FROG VLE & MESYUARAT JKPA PKG PAKA BIL 2 2014

Pada 13 Ogos 2014,PKG Paka telah berjaya melaksanakan tiga program dalam tempoh satu hari ..Pada sebelah pagi, Bengkel Pemantapan Frog Vle diadakan, PTP II PKG Paka sebagai Fasilitator dengan bantuan FT SK Paka 3 dan GPM SK Paka 2. Pada sesi tengahari diadakan pula Jamuan Aidilfitri JKPA PKG Paka. Selepas itu, dijalankan Mesyuarat JKPA PKG Paka Bil 2 2014. Program berakhir jam 4.00 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Sunday, August 3, 2014

Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2014

Kepada sekolah yang memerlukan peruntukan bagi penyelenggaraan peralatan ICT sekolah bagi tahun 2014 perlu mengisi borang ” ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH” pada link di bawah: