Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu


Pada 31 Oktober 2011 telah berlangsung satu Pertandingan Pengisahan Tokoh Sekolah Menengah Dan Rendah Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di SMK Teknik Dungun. Pertandingan ini turut dianjurkan oleh DBP Wilayah Timur JPN. Ini merupakan salah satu acara sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011, juga diambil sempena Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia baru-baru ini.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang pentingnya penghayatan dan kecintaan pelajar terhadap tokoh yang banyak berjasa kepada tanah air melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul dan memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.